Kehamilan adalah satu fasa yang paling penting bagi pasangan suami isteri. Terutama kepada isteri. Mana tidaknya,dirinya kini akan membawa satu roh, bahkan satu susuk tubuh manusia yang bakal dilahirkan.
Tempoh kehamilan bukan perkara yang mudah bagi seorang wanita. Fizikan dan emosinya mula mengalami perubahan. Keperluan nutrisinya bertambah bukan saja untuk menampung janin yang akan membesar, tapi juga untuk dirinya sendiri.
Badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin sendiri (kecuali vitamin D dari cahaya matahari). Justeru itu, kita perlukan bekalan vitamin dari apa yang kita makan.
Ibu hamil biasanya diberi vitamin tambahan dari klinik. Ia sangat penting untuk ibu dan bayi.
Vitamin-vitamin dan nutrien penting untuk ibu hamil:
1. Zat Besi
Seorang ibu hamil mengepam lebih banyak darah ke seluruh badan. Kandungan darah ibu hamil lebih 50% dari biasa. Zat besi sangar penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah menyebabkan anemia dan sangat bahaya kepada kandungan dan ibu.
2. B Complex
Ibu hamil memerlukan 7 nutrien dalam B Complex, terutama Asid Folik bagi tumbesaran bayi yang sempurna. B Complex sangat penting untuk pemeliharaan sel darah merah dan juga sistem saraf.
3. Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk penyerapan zat besi. Walaupun ibu dah makan zat besi, tanpa vitamin C ibu tetap berisiko mendapat anemia.
4. Minyak Ikan
Minyak ikan sudah diketahui sangat penting untuk kesihatan otak, dan juga sebagai lemak perlu. Asid lemak perlu tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sangat penting utntuk tindakbalas hormon.
5. Kalsium
Apabila badan kekurangan kalsium, ia boleh menyebabkan masalah pada tulang dan otot. Ibu hamil yang kurang kalsium berisiko untuk mengalami sakit-sakit tulang dan kekejangan otot.
6. Protein
Protein adalah nutrisi yang sangat penting. Ia adalah blok binaan bagi sel-sel badan kita. Protein yang sihat membina sel badan yang sihat serta otot sihat. Otot yang sihat mengelakkan pengumpulan lemak dalam badan.
TAHUKAH anda bahawa anda akan menikamati diskaun sehingga 25% selepas mendaftar sebagai ahli ?
Hubungi saya SID anda
Fizah 0103405084
No comments:
Post a Comment