Wednesday 8 March 2017

ESP MEMBANTU PESAKIT KENCING MANIS



Kencing manis ada beberapa jenis iaitu =

Type 1 Diabetes:
bermula secara mengejut dan biasanya bermula sejak kecil lagi.(jarang)
~ berpunca daripada autoimmune disease, iaitu sel badan kita sendiri yang memusnahkan pankreas yang menghasilkan insulin. Bila insulin takde, gula pun jadilah tinggi.


Type 2 Diabetes:
 Berpunca daripada pemakanan, genetik, dan beberapa faktor lain.(banyak).
~ sel badan kita sendiri yang tidak mahu bagi response terhadap insulin yang dihasilkan.
~ insulin ada, tapi sel badan buat tak peduli je, tak nak pun tukarkan gula dalam darah atau ambil gula dalam darah tu untuk kegunaan sel


Jadi kaitan ESP dan KENCING MANIS???
 
ESP kaya 22 jenis asid amino (perlu dan tak perlu)
Arginine adalah salah satu asid amino tak perlu yang bertindakbalas dengan nitrik oksida dan penting dalam membantu mengurangkan RINTANGAN INSULIN dan mengawal paras glukosa. dalam badan.

jenis2 asid amino

RINTANGAN INSULIN berlaku bila sel badan tidak dapat bertindak balas dengan hormon insulin. Bila keadaan ini berlaku, pankreas mendapat isyarat lebih banyak insulin perlu dikeluarkan.
Apabila terlalu banyak insulin perlu dikeluarkan, lama kelamaan ia akan memberi bebanan pada pankreas dan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Dan lama kelamaan pankreas tidak dapat mengeluarkan hormon insulin lagi dan gula dalam darah akan menjadi terlalu banyak dan bahaya.


Jadi pada sesiapa yang ada #kencingmanisjenis2 boleh lah cuba #esp shaklee ya.
Hanya rm150 , tahan sehingga 2 bulan pengambilan tau.

harga esp shaklee
Asid amino perlu (essential) dan tak perlu (nonessential) ada dalam ESP shaklee


#tsunamishaklee #liveamazing #shakleeeffect #t21greattt07
#pengedarshakleejerantut #diabetictype2 #kencingmanis

#fizah010345084





Tuesday 7 March 2017

Sel rosak dan Kanser


Faktor yang menyebabkan sel rosak adalah:

~Rokok
~Radikal bebas
~Cahaya matahari
~Diet yang tidak seimbang
~Gaya hidup yang tak sihat
~Genetik
~Dan banyak lagi



Bagaimana sel rosak boleh berubah kepada kanser?

Apabila terdapat kerosakan pada sel, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak , sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA.

Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada punca2 di atas, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri.

Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu terjadilah kanser.

Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau #suplimen yang kaya dengan #antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan sel.


harga vivix shaklee rm475
Harga sebotol vivix shaklee ialah rm475, hanya sesudu teh sehari sudah memadai


Dan #vivix shaklee sangat kaya dengan antioksidan. Kajian membuktikan ramuan yang terdapat dalam Vivix boleh melindungi dan membaiki DNA sel yang setiap hari berhadapan dengan radikal bebas daripada persekitaran kita seharian.


#tsunamishaklee #liveamazing #shakleeeffect #t21greattt06 #pengedarshakleejerantut #vivixkayaantioksidan

#fizah0103405084

Thursday 23 February 2017

Soya Penyebab Kulit Sensitif???



Memang dah lama kita dengar mengatakan bahawa susu soya memang akan membuatkan kulit anak putih gebu tetapi kulit akan menjadi lebih sensitif. Sensitif itu bermaksud kulit bayi mudah mendapat ruam. ekzema. gatal-gatal atau berkudis.

Bagi #kakkecik hal ini mungkin disebabkan kacang soya sekarang yang telah diubah genetiknya atau dipanggil GENETICALLY MODIFIED (GMO). Kacang soya yang telah di GMO ini mungkin telah ditambah hormon tumbesaran supaya lebih cepat membesar dan lebih banyak dapat dihasilkan. Kesan daripada GMO inilah yang menyebabkan kulit anak menjadi sensitif walaupun putih dan gebu.

Tetapi berbeza dengan ESP shaklee yang memang dibuat dari soya NON-GMO malah organik lagi. Oleh itu, ibu hamil sekalian jangan ragu2 untuk amalkan susu soya ESP Shaklee ini semasa hamil. InsyaALLAH ia memang sangat membantu proses tumbesaran baby di samping tidak perlu risaukan kulit baby akan menjadi ruam atau kudis.

info lanjut pm saya Fizah 010 340 5084 <3 sms/whatsapp pun boleh

soya punca kulit sensitif


#pengedarshakleejerantut #shakleepahang #shakleemalaysia #tsunamishaklee #liveamazing #shakleeeffect

Wednesday 15 February 2017

Cara Supaya Badan Kekal Bertenaga

Asyik LETIH??

kat tempat kerja pun LESU je??

Cer try vitamin #shaklee ni.
Dan rasai perbezaannya..

Pengalaman #kakkecik sendiri

~ #bcomplex = tak mengantuk tengahari

~ #ostematrix = senang bangun pagi

~ #vitalea = bertenaga sepanjang hari walau hamil

tips supaya badan kekal bertenaga

Taknak yang tablet pun ada dalam bentuk minuman.
Nak tahu boleh contact kakkecik ya

<3 #kedaikakkecik #fizah0103405084

#shakleejerantut #shakleemalaysia #pengedarshakleejerantut
#sid971888 #tsunamishaklee #shakleeeffect #liveamazing #t21greattt14 #vitaminletihlesu

Saturday 11 February 2017

Sebab dan Cara Atasi Meroyan

MEROYAN

Baru2 ni kita dikejutkan berita ibu mengelar anak sendiri yang baru berusia 2 bulan lebih. #kakkecik terkesan sangat sebab perkara tu berlaku di negeri kakkecik sendiri dan sekarang pun kakkecik sedang hamil. Sedih kan. Mungkin cara anak tu meninggal dalam keadaan menyedihkan tapi syurga sudah pasti jadi miliknya.

Meh nak kongsi sikit punca2 meroyan:

1. Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
2. Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
3. Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.
4. Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
5. Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
6. Mendapati sukar untuk menyusu badan.
7. Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.

Bagaimana cara mengatasinya??

Salah satu cara yang bpleh kakkecik kongsikan adalah dengan
MENGAMBIL MAKANAN SEIMBANG DAN SIHAT sepanjang menguruskan bayi yang masih kecil.
Ini kerana selepas kelahiran badan banyak kehilangan darah dan memerlukan masa untuk kembali normal.
Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting.
Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun.
Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.

Antara vitamin asas #shaklee untuk selepas kelahiran ialah

1. Vitamin B Complex sebagai contohnya mampu menghasilkan hormon serotonin yang boleh membantu meringankan perasaan, MENGURANGKAN STRESS, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah. Manfaat utama B-Complex adalah melawan tekanan, iaitu memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

2. Gla Complex pula sangat-sangat membantu untuk memperbaiki dan MEMPERBETULKAN HORMON WANITA selepas bersalin supaya kembali menjadi normal. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita.

Namun untuk kesan yang terbaik boleh ambil set premium atau set mengikut bajet masing2. :)

Vitamin semasa tempoh berpantang


<3 #kedaikakkecik #fizah0103405084

#shakleejerantut #shakleemalaysia #pengedarshakleejerantut
#sid971888 #tsunamishaklee #shakleeeffect #liveamazing #t21greattt10

Wednesday 25 January 2017

Tawakal Je....

Kita takkan tahu kekuatan kita setakat mana selagi kita tidak diuji betul tak?
Ingat lagi lepas grad belajar kerja sekejap kat Giant Batu Caves. Dari tamat belajar, tapi masih belum konvo dah mula kerja kat situ. Kira-kira dari bulan 6 tahun 2007 sampai bulan 2 2008 masih tak dapat title pekerja tetap. Memang rasa sakit hati juga lah,. Kawan2 kerja sekali kat situ pun pelik biasa 3 bulan dah dapat jadi pekerja tetap. Nak berhenti kerja, tapi masih berkira-kira lagi sebab kerja kat situ agak rileks sikit dan supervisor pun baik.

Nak dijadikan cerita. mak kat kampung telefon untuk pergi temuduga jadi cikgu sandaran nun jauh kat penang sekali dengan kawan anaknya.Tapi takde rezeki kakkecik masa tu, anak kawan mak je yang dapat, kakkecik dapat kenal penang je. Sebab frust kakkecik pun berhenti kerja dan pulang ke kampung kat klate. Satu hari tu, mak terdengar berita kat radio klate ada temuduga cikgu sandaran di seluruh ppd kelantan. Mak hanya sempat dengar sekali je, tu pun teragak-agak betul ke tarikh yang dia dengar tu. Mak kata pergi je, kalau takde takpe. Kakkecik ikut je cakap mak masa tu, pergi je ke ppd daerah sebelah sebab kakkecik tak tahu ppd daerah kakkecik tinggal ni tak ada. Nampak sangat tak ambil tau pasal kg kan..

Pergi la dalam keadaan teragak-agak betul ke ada temuduga macam mak kakkecik bagitahu tu. Sampai2 alhamdulillah, memang ada. Nasib baik masa tu, tak ramai yang datang temuduga. Masa temuduga pun dengan tak buat persediaan langsung, tawakal je. Sebab subjek yang ditawarkan pada masa tu bahasa inggeris dan matematik, jadi temuduga pun dalam bahasa inggeris. Nasib kakkecik baik sebab tak ada pun soalan susah yang disoal. Dua je yang penemuduga tanya masa giliran kakkecik iaitu, kalau dapat jawatan ni dan dihantar ke kawasan pedalaman nak ke tak nak, dan satu lagi kenapa awak rasa awak boleh hidup di kawasan pedalaman. Bolehlah kakkecik goreng sikit2. hihi

Dah habis temuduga, satu hal lagi ialah perjalanan pulang balik. Masalah sebab kena jalan jauh nak ke bandar untuk naik bas balik ke rumah. Ada satu jalan pintas, tapi dipenuhi lalang yang tinggi. tinggi lagi dari kakkecik. Kakkecik pun ingat nak ikut je jalan pintas tu, sebab dah tengahari, panas. Sekali dalam perjalanan balik, ada kereta berhenti nak tumpangkan ke bandar. kakkecik bernasib baik hari tu. Kat dalam ada 2 orang perempuan yang sama2 temuduga dengan kakkecik kat ppd tadi. Rupa-rupanya pakcik tu ialah orang yang sedang buat pagar kat ppd tadi. Risau katanya tengok kitorang sorang2 lalu kat kawasan tu sebab tu kawasan penagih. Baik hati pakcik tu. Selesai masalah kakkecik.

Alhamdulillah , nak dipendekkan cerita, #kakkecik dapat jawatan tu. Tak sangka rasanya sebab pergi main redah je. Tak dapat yang kat penang tapi dapat yang dekat rumah. Rupanya Allah dah sediakan yang terbaik untuk kakkecik. Baiknya Allah kan.
Panjang plak cerita hari ni. hehe :)

 
#tsunamishaklee #liveamazing #landmarkstudy #shakleeeffect #pengedarshakleejerantut #t21great #t21greatt24 #oms24jan2017

Tuesday 24 January 2017

Penting Ke Landmark Study Shaklee??

Kenapa?

Kenapa pentingnya Landmark Study. 
Kenapa geng2 #shaklee asyik duk cerita tentang Landmark Study ni??

Memang PENTING ya. Bagi #kakkecik landmark study ni boleh dijadikan satu sebab penting kenapa anda patut pilih jenama yang ada landmark study ni.

Landmark study ni bukan syarikat yang keluarkan produk buat, tapi ia dibuat oleh 3rd party. Tahu tak risiko yang Shaklee akan dapat jika keputusan kurang memberansangkan? Tepat sekali, jika buruk keputusannya ia akan sebarkan maklumat tersebut ke seluruh dunia. Bayangkan, kalau kajian yang dibuat ni, menunjukkan produk Shaklee ada keburukan, sudah tentu nama Shaklee jatuh.Kakkaecik pun dah tak kenal shaklee gamaknya sekarang. Tapi sebab Shaklee yakin akan produk2 yg dihasilkan, maka Mr Roger Barnet (CEO Shaklee) sahut cabaran untuk ni buat kajian.

Kajian dilakukan selama beberapa tahun dengan mengumpul data-data saintifik terhadap 3 golongan utama iaitu :

1- mereka yang makan shaklee selama lebih 20 tahun
2- mereka yang makan vitamin jenama lain
3- mereka yang tidak makan apa-apa vitamin.


Kajian ini dibuat untuk menguji keberkesanan sesuatu vitamin sama ada ia bagus atau tidak kepada kesihatan pengamalnya. 

Dan keputusannya:
1- mereka yang amalkan shaklee selama lebih 20 tahun mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak mengamalkan apa-apa vitamin.
2- Malah yang lebih mengejutkan, tahap kesihatan mereka yang mengambil vitamin jenama lain, adalah lebih rendah.


Kenapa kajian ini perlu dilakukan dalam jangka masa yang panjang??
Sebab kejadian sesuatu penyakit dalam badan seseorang ambil masa yang lama. Sebagai contoh, kanser, kita hanya perasan bila dah ada simptom-simptom yang sangat teruk . bila dibuat medical check up, rupanya dah sampai level yang tinggi.

landmark study ambil masa yang lama untuk dilakukan, ia adalah berdasarkan data-data saintifik.

FYI: Shaklee satu-satunya Syarikat suplemen yang telah melakukan landmark study.


pengedar shaklee jerantut

#tsunamishaklee #liveamazing #landmarkstudy #shakleeeffect #pengedarshakleejerantut #t21great #t21greatt22 #oms22jan2017