Wednesday 25 January 2017

Tawakal Je....

Kita takkan tahu kekuatan kita setakat mana selagi kita tidak diuji betul tak?
Ingat lagi lepas grad belajar kerja sekejap kat Giant Batu Caves. Dari tamat belajar, tapi masih belum konvo dah mula kerja kat situ. Kira-kira dari bulan 6 tahun 2007 sampai bulan 2 2008 masih tak dapat title pekerja tetap. Memang rasa sakit hati juga lah,. Kawan2 kerja sekali kat situ pun pelik biasa 3 bulan dah dapat jadi pekerja tetap. Nak berhenti kerja, tapi masih berkira-kira lagi sebab kerja kat situ agak rileks sikit dan supervisor pun baik.

Nak dijadikan cerita. mak kat kampung telefon untuk pergi temuduga jadi cikgu sandaran nun jauh kat penang sekali dengan kawan anaknya.Tapi takde rezeki kakkecik masa tu, anak kawan mak je yang dapat, kakkecik dapat kenal penang je. Sebab frust kakkecik pun berhenti kerja dan pulang ke kampung kat klate. Satu hari tu, mak terdengar berita kat radio klate ada temuduga cikgu sandaran di seluruh ppd kelantan. Mak hanya sempat dengar sekali je, tu pun teragak-agak betul ke tarikh yang dia dengar tu. Mak kata pergi je, kalau takde takpe. Kakkecik ikut je cakap mak masa tu, pergi je ke ppd daerah sebelah sebab kakkecik tak tahu ppd daerah kakkecik tinggal ni tak ada. Nampak sangat tak ambil tau pasal kg kan..

Pergi la dalam keadaan teragak-agak betul ke ada temuduga macam mak kakkecik bagitahu tu. Sampai2 alhamdulillah, memang ada. Nasib baik masa tu, tak ramai yang datang temuduga. Masa temuduga pun dengan tak buat persediaan langsung, tawakal je. Sebab subjek yang ditawarkan pada masa tu bahasa inggeris dan matematik, jadi temuduga pun dalam bahasa inggeris. Nasib kakkecik baik sebab tak ada pun soalan susah yang disoal. Dua je yang penemuduga tanya masa giliran kakkecik iaitu, kalau dapat jawatan ni dan dihantar ke kawasan pedalaman nak ke tak nak, dan satu lagi kenapa awak rasa awak boleh hidup di kawasan pedalaman. Bolehlah kakkecik goreng sikit2. hihi

Dah habis temuduga, satu hal lagi ialah perjalanan pulang balik. Masalah sebab kena jalan jauh nak ke bandar untuk naik bas balik ke rumah. Ada satu jalan pintas, tapi dipenuhi lalang yang tinggi. tinggi lagi dari kakkecik. Kakkecik pun ingat nak ikut je jalan pintas tu, sebab dah tengahari, panas. Sekali dalam perjalanan balik, ada kereta berhenti nak tumpangkan ke bandar. kakkecik bernasib baik hari tu. Kat dalam ada 2 orang perempuan yang sama2 temuduga dengan kakkecik kat ppd tadi. Rupa-rupanya pakcik tu ialah orang yang sedang buat pagar kat ppd tadi. Risau katanya tengok kitorang sorang2 lalu kat kawasan tu sebab tu kawasan penagih. Baik hati pakcik tu. Selesai masalah kakkecik.

Alhamdulillah , nak dipendekkan cerita, #kakkecik dapat jawatan tu. Tak sangka rasanya sebab pergi main redah je. Tak dapat yang kat penang tapi dapat yang dekat rumah. Rupanya Allah dah sediakan yang terbaik untuk kakkecik. Baiknya Allah kan.
Panjang plak cerita hari ni. hehe :)

 
#tsunamishaklee #liveamazing #landmarkstudy #shakleeeffect #pengedarshakleejerantut #t21great #t21greatt24 #oms24jan2017

Tuesday 24 January 2017

Penting Ke Landmark Study Shaklee??

Kenapa?

Kenapa pentingnya Landmark Study. 
Kenapa geng2 #shaklee asyik duk cerita tentang Landmark Study ni??

Memang PENTING ya. Bagi #kakkecik landmark study ni boleh dijadikan satu sebab penting kenapa anda patut pilih jenama yang ada landmark study ni.

Landmark study ni bukan syarikat yang keluarkan produk buat, tapi ia dibuat oleh 3rd party. Tahu tak risiko yang Shaklee akan dapat jika keputusan kurang memberansangkan? Tepat sekali, jika buruk keputusannya ia akan sebarkan maklumat tersebut ke seluruh dunia. Bayangkan, kalau kajian yang dibuat ni, menunjukkan produk Shaklee ada keburukan, sudah tentu nama Shaklee jatuh.Kakkaecik pun dah tak kenal shaklee gamaknya sekarang. Tapi sebab Shaklee yakin akan produk2 yg dihasilkan, maka Mr Roger Barnet (CEO Shaklee) sahut cabaran untuk ni buat kajian.

Kajian dilakukan selama beberapa tahun dengan mengumpul data-data saintifik terhadap 3 golongan utama iaitu :

1- mereka yang makan shaklee selama lebih 20 tahun
2- mereka yang makan vitamin jenama lain
3- mereka yang tidak makan apa-apa vitamin.


Kajian ini dibuat untuk menguji keberkesanan sesuatu vitamin sama ada ia bagus atau tidak kepada kesihatan pengamalnya. 

Dan keputusannya:
1- mereka yang amalkan shaklee selama lebih 20 tahun mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak mengamalkan apa-apa vitamin.
2- Malah yang lebih mengejutkan, tahap kesihatan mereka yang mengambil vitamin jenama lain, adalah lebih rendah.


Kenapa kajian ini perlu dilakukan dalam jangka masa yang panjang??
Sebab kejadian sesuatu penyakit dalam badan seseorang ambil masa yang lama. Sebagai contoh, kanser, kita hanya perasan bila dah ada simptom-simptom yang sangat teruk . bila dibuat medical check up, rupanya dah sampai level yang tinggi.

landmark study ambil masa yang lama untuk dilakukan, ia adalah berdasarkan data-data saintifik.

FYI: Shaklee satu-satunya Syarikat suplemen yang telah melakukan landmark study.


pengedar shaklee jerantut

#tsunamishaklee #liveamazing #landmarkstudy #shakleeeffect #pengedarshakleejerantut #t21great #t21greatt22 #oms22jan2017

Monday 23 January 2017

Rawatan Penyakit Tangan, Kuku Dan Mulut Dengan Shaklee

#HFMD

Ibu mana yang senang duduk jika tengok anak tak sihat kan. Bagi #kakkecik, tahun lepas 2 kali anak2 kakkecik kena penyakit HFMD (hand, foot & mouth disease) atau penyakit tangan, kaki dan mulut. Dua anak kakkecik yang berumur 5 tahun dan setahun pada tahun lepas.
Seksa tengok diorang ni terutama bila lapar. Nak makan sakit, tak makan lapar pula. Makan la sampai berjujuran air mata. :;(

Kebiasaannya penyakit ini mudah menyerang kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Kalau pergi ke klinik atau hospital pun tiada ubat khas untuk penyakit ini keranan ia melibatkan sistem imun badan. Biasa klinik atau hospital akan bekalkan ubat demam dan ubat sapu sahaja.

Antara tanda2 penyakit ni ialah
  1. Demam selama 2-3 hari.(anak saya tak sedar dia demam sebab nampak aktif dan badan kurang panas)
  2. Sakit tekak, hidung berair.
  3. Ruam seperti bintik-bintik merah dan sesetengahnya lepuh (rashes) di tapak tangan dan kaki.(juga boleh ada bintik2 air ni di bahagian punggung dan peha, biasanya jika anak masih memakai lampin )
  4. Ulser mulut.
  5. Tiada selera makan.
  6. Muntah-muntah dan cirit-birit (Dhiarrea).
Tapi nasib baik, dalam geng shaklee kami sudah ada cara2 untuk rawat anak yang diserang penyakit ni. Penyakit ni paling kurang 1 minggu baru hilang sepenuhnya. lama tu kan.
Antara vitamin yang bagus untuk boost imun anak kita semasa kena hfmd ialah #mealshake, #nutriferon dan #vitaminC untuk kanak2. Boleh juga tambah #herbalblend shaklee dan #basicH untuk kegunaan luaran.