Sunday 19 October 2014

Bantal Comel

Alhamdulillah hari siap 2 biji bantal tempahan ore klate. Ore negeri te'ku ni..
1 bantal tema Ben10 untuk hero and 1 bantal tema Frozen watak Elsa untuk heroin beliau.


Bantal Elsa Frozen

Bantal Ben 1o

Bantal 100% jahitan tangan

Kepada sesiapa yang ingi membuat tempahan boleh la hubungi saya seperti maklumat di bawah.
Warga Bintulu , Sarawak boleh ambik by hand je, xperlu pos2..jimat kan..

100% HANDMADE
100% HANDSEWN


Saturday 11 October 2014

Pengedar Shaklee Bintulu: VITAMIN UNTUK IBU HAMIL

Set Hamil Shaklee
Seperti gambar dia atas terdapat 6 vitamin penting untuk ibu hamil. 5 vitamin semasa trimester pertama manakala untuk trimester berikutnya para ibu boleh mengambil 1 lagi vitamin tambahan.



1. Vita-Lea

- adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 mineral dan vitamin.
- zat besi dalam Vitalea membantu ibu mendapat zat besi kerana kebiaasannya ibu hamil dan ibu yang menyusu kekurangan zat besi.
- kekurangan zat besi semasa mengandung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.


2. B-Complex

- lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan tubuh badan demi membantu tubuh badan lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi stabil dan wajah berseri.
- juga dikenali sebagai vitamin anti tekanan (stress). Jadi bila tiada stress susu akan dihasilkan dengan lebih baik.


3. Vitamin C

- sebagai anti-oksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi, dan mencantikkan kulit.
- membantu penyerapan zat besi (iron): kalau tak cukup vitamin dalam badan, makan zat besi (iron) banyak mana pun TIDAK akan diserap oleh badan.


4. OsteMatrix

- dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang sangat tinggi adalah kalsium.
- kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi, dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
- bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan memetingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari sedia ada dalam badan ibu.
- jika perkara in berlarutan, dan si ibu tidak menggantikan semula kasium ini maka si ibu berisiko untuk mengalami osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
- juga penting untuk ibu yang mengalami masalah susu merudum semasa period.


5. Energising Soy Protein Isolate Powder 

- kandungan utama dalam susu ibu adalah protein.
- protein adalah makanan sel dan berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
- protein juga mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
- protein diperlukan untuk pembinaan hormon, antibodi dan enzim.
- protein juga membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
- ESP memberi tenaga kepada ibu selama berjam-jam sangat bagus untuk mendapat kulit yang lebih licin, gebu dan anjal.


6. Omega Guard (DHA dan EPA)

- DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama di bahagian otak.
- DHA sangat penting untuk perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin.
- DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, dan organ-organ badan yang lain.
- bayi tidak mampu menghasilan DHA mereka sendiri, oleh itu mereka memperolehi DHA dari susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, mereka memperoleh DHA dari ibu melalui plasenta jadi semasa hamil ibu akan kekurangan DHA.
-pakar mencadangkan pengambilan Omega 3 untuk ibu-ibu hamil dan menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA pada perkembangan fetus dan mengekalkan kuantiti DHA dalam badan ibu.




Ketahanan setiap vitamin:

  • VitaLea: 2-4 bulan
  • B-Complex: 4 bulan
  • Vitamin C: 6 bulan
  • OsteMatrix: 1-2 bulan
  • ESP: 2-3 bulan
  • Omega Guard: 3 bulan


Untuk keteranan yang lebih lanjut atau ingin membuat pesanan, boleh hubungi saya




Friday 10 October 2014

Pengedar Shaklee Bintulu: VITAMIN SHAKLEE BANTU TAMBAH SUSU IBU

Assalamualaikum w.b.t..

Seperti mana yang ibu di luar tahu terdapat banyak makanan semulajadi yang membantu menghasilkan susu ibu. Hal ini telah saya senaraikan pada entry yang lepas. Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah klik di sini.

Selain dari makanan semulajadi, terdapat banyak vitamin/supplement yang membantu ibu2 dalam hal ini, tidak ketinggalan juga vitamin shaklee yang telah sekian lama berada di pasaran dunia manakala di Malaysia telah lebih 20 tahun berada di pasaran.

Terdapat dua vitamin penting dalam membantu menambah penghasilan susu ibu.


1. Energising Soy Protein (ESP)
ESP sebagai milk booster
Kandungan utama susu ibu adalah protein.
ESP mengandungi Isoflavone (estrogen like effects) yang membantu menghasilkan susu badan.
Selain itu, Isoflavone juga membantu mencantikkan para ibu.
Kandungan Isoflavone yang tinggi dalam soya membantu dari segi mengurangkan garis penuaan dan bertindak sebagai pelembab semulajadi.

Isoflavone juga bertindak menguatkan tulang ibu. Jika ibu yang menyusu tidak mendapat cukup kalsium, tulang akan cepat rapuh dan boleh dilihat pada gigi contohnya gigi mudah rongak.
Kajian menunjukkan Isoflavone juga akan disalurkan pada bayi jika ibunya minum soya, secara tak langsung membantu tulang bayi menjadi kuat.

Ramai para ibu telah mencuba dan merasai keberkesanannya.

ESP yang kaya protein dari kacang soya

2. Alfalfa Complex
Alfalfa sebagai milk booster.
Alfalfa dipercayai secara turun temurun sebagai makanan penggalak susu.
Malah di sesetengah negara pengeluar susu, lembu-lembu diberi makan alfalfa untuk membantu pengeluaran susu.
Alfalfa kaya dengan protein, kalsium dan klorofil.

Alfalfa Complex shaklee sebagai milk booster

**PENTING
Para ibu juga diingatkan supaya mengamalkan perkara penting di bawah

  1. Minum 3L air sehari
  2. Pam susu 3 jam sekali
  3. Doa + tawakal

Untuk maklumat lanjut atau pesanan, bolehlah hubungi saya di



Thursday 9 October 2014

Pengedar Shaklee Bintulu: MAKANAN TAMBAH SUSU IBU

Assalamualaikum w.b.t

Impian menyusukan zuriat sehingga usia 2 tahun (exclusive breasfeeding) menjadi impian setiap ibu2 yang melahirkan/mempunyai anak.
Namun untuk merealisasikan impian ini, ibu2 di luar sana harus menjadi ibu yang berilmu dalam memberi yang terbaik kepada mereka yang kita sayang.

Di sini saya senaraikan makanan semulajadi yang terbaik sebagai penggalak pengeluaran susu ibu (milk booster).

1. Lobak putih
- sesuai dimasak sup bersama daun kucai atau ikan bilis.
- boleh juga direndam/direbus sebelum diminum begitu sahaja.

2. Buah longan kering
- boleh direbus bersama kismis, kurma kering atau barli dan tambah sedikit gula merah untuk diminum.

3. Kurma
- makanan sunnah yang kaya dengan khasiat.
- kaya dengan protein, serat, glukosa, vitamin A dan C, sodium dan potassium.
- juga mengandungi zat besi yang bagus untuk membekalkan tenaga segera yang rendah kalori.

4. Pucuk betik/Betik muda
- boleh dimakan mentah dan dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi.

5. Halba/Fenugreek
- rendam dalam air suam sebelum diminum
- boleh juga diletakkan dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

6. Habbatusauda/Jintan hitam/Blackseed
- satu lagi makanan sunnah.
- boleh didapati dalam bentuk kapsul di pasaran

7. Moringa/Murunggai/Pokok kelor
- terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dikalangan masyarakat Melayu
- boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh
- selain menambah susu ibu, ia juga boleh diambil untuk merawat sakit tekak atau selsema

8. Jantung pisang
-   dicelur untuk dijadikan ulam atau dimasak gulai lemak

9. Daun cekur manis/Pucuk manis
- sedap dimasak gulai lemak

10. Kacang soya
- makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tauhu dan tempe
- boleh juga didapati dalam bentuk serbuk di pasaran

Makanan semuladi untuk menambah penghasilan susu ibu



Selain, mengamalkan makanan semulajadi di atas sebagai ikhtiar terdapat beberapa peringatan penting untuk ibu untuk menitikberatkan perkara2 di bawah:

  • pengambilan air kosong secukupnya
  • pemakanan seimbang
  • psikologi/mindset
  • kekerapan mengepam
  • doa

 Sekian entry saya kali ini..Harap ia sangat membantu ibu2 di luar sana







Friday 3 October 2014

Pengedar Shaklee Bintulu: KETAGIH ESP Shaklee

Alhamdulillah, berkesempatan lagi untuk berkongsi cerita saya & Shaklee.
Walaupun lusa dah nak menyambut Hari Raya AidilAdha, dalam kesibukan nak rayer curi juga masa menulis entry hari ini.
Tahun ini tahun ke-3 beraya di bumi kenyalang, bahagian Bintulu. Dah kali ke 3 ni tak de la rasa sedih sangat, sebab masih berya bersama keluarga kecil kami. Keluarga di Kelantan harap dalam keadaan baik2 sahaja.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat hari Raya Aidil Adha dan selamat melakukan ibadah korban. Maaf zahir batin.

Gambar ihsan Google
Jangan terkejut dengan tajuk entry blog saya kali ni ya..
Saya pilih perkataan KETAGIH sebab saya sangat sukakan ESP shaklee, bukan saja dari segi rasanya pure soya malah khasiatnya yang memang berbaloi2.

Pada saat ini saya sedang hamil anak ke-3 dan usia kandungan saya sudah masuk 25 minggu.
Pada kehamilan kali ini saya disahkan termasuk golongan ibu hamil yang berisiko mendapat diabetes @ lebih dikenali sebagai GDM.
Jadi apa yang ibu2 seperti saya buat adalah mengawal makanan yang diambil dan kurangkan makanan yang berkanji yang boleh menghasilkan gula dalam badan.
Ibu2 di luar sana jangan risau, menu2 yang perlu diambil dalam sukatan yang betul akan diterangkan oleh Pegawai Pemakanan yang terlibat.
Kandungan gula yang tinggi di dalam badan ibu boleh menyebabkan bayi menjadi besar di dalam kandungan.

Saya sangat risau memikirkan keadaan saya sekarang, jadi di sampin memgamalkan diet control saya juga mengambil vitamin shaklee iaitu set mengawal gula dalam darah atau blood sugar control set.
Salah satu vitamin yang ada dalam set ini ialah ESP shaklee.

Vitamin untuk ibu hamil yang mempunyai kencing manis

Fungsi vitamin berikut:

  • B Complex: menukarkan glukosa berlebihan dalam darah kepada tenaga
  • ESP: sumber makanan dengan indeks glisemik yang rendah akan memecahkan makanan dengan lebih perlahan dan mengawal peningkatan gula dalam darah
  • Vitalea: mengekalkan tahap glukosa normal dalam darah

Cara saya makan ESP adalah pada waktu malam (biasa diambil pada waktu pagi semasa perut kosong) kerana 
  1. mampu memberi kekenyangan yang lama
  2. tidak perlu bersenam atau melakukan kerja untuk mengeluarkan peluh
  3. satu hidangan ESP sama seperti 12 hidangan susu, 6 hidanga roti, 4 hidangan telur & 2 hidangan daging  


Alhamdulillah, bacaan gula dalam darah selepas mengambil ESP pada tahap yang baik.


Jadi ibu2 atau sesiapa sahaja yang mempunyai masalah yang sama seperti saya, boleh cuba untuk mengetahui keberkesanannya..


Thursday 2 October 2014

Pengedar SHAKLEE Bintulu: BerCinta kerana ALLAH

Umur bukan penghalang untuk bercinta..

Entry kali ni bukan nak kongsi cerita cinta with my soulmate, TAPI nak cerita pertama kali jatuh hati dengan Shaklee...
Mesti pelikkan ?? Cinta dengan Shaklee pun kerana Allah??

YA..
Kita niatkan semua yang kita buat Kerana ALLAH barulah dapat pahala. InsyaAllah...
Kita suka sesuatu pun kerana Allah.
Moga apa yang kita buat masih bersandarkan batas2 agama dan diberkati Allah.

Back to main topic..

Vitamin E adalah vitamin pertama produk Shaklee yang saya cuba.
Jangan tak tau ya, vitamin E juga dikenali sebagai vitamin cinta. EH, kebetulan plak ya....
Sebab saya cuba vitamin ni dahulu, kerana ada kawan nak cuba, jadi saya pun kongsi dengan dia....

Hobi saya menjahit, jadi ada juga la ambil tempahan hasil jahitan tangan saya ni...
Barang2 handmade kata orang..
Apa yang saya selalu lalui, leher dan urat2 sekitar lengan & belakang cepat lenguh dan kadang boleh demam saya dibuatnya...
Tak pe lah, sakit tu kan penghapus dosa..



Tapi selepas 1 minggu saya amalkan vitamin e Shaklee ni, lenguh2 kat tengkuk kurang dan boleh dikatakan saya selesa menjahit selepas itu.

Alhamdulillah semua dengan izin Allah.
Salah satu kelebihan/manfaat yang ada dalam semua vitamin Shaklee adalah
" MEMBANTU MENINGKATKAN SISTEM IMUN "


Antara kesan yang saya nampak perubahan lain2 pada diri saya

  1. Kulit nampak lembab macam baru lepas mandi (** mesti minum 3 liter air sehari)
  2. Rekahan akibat hamil anak pertama semakin kurang kelihatan dan semakin pudar warna gelapnya
  3. Lebam/tompok hitam pada kaki terutama pada buku lali dan kawasan sekitar pudar dan kurang kasar/semakin lembut
  4. Tapak kaki yang dulu ada bahagian kasar/merekah semakin tidak kelihatan rekahannya. Yang kasar2 pun dah kurang

Ini antara testimoni dari diri saya sendiri. Juga boleh dikatakan ujikaji pada diri sendiri. Kita dah rasa baru boleh cerita kebaikan pada orang lain dengan tujuan untuk sama2 berkongsi kebaikan.

Saya juga selalu berkata pada diri, apa yang saya makan/ambil hanya sebagai ikhtiar sahaja.
Selebihnya serah pada Allah.


Jatuh Cinta Kerana ALLAH



Kisah benar dari pengedar Shaklee Bintulu

Fizah
013 572 4492