Di sini ialah sebab-sebab PENTING mengapa ia penting untuk semua orang mengambil makanan lengkap yang semula jadi sebagai makanan tambahan:
1. Tanah pupus @ tanah kurang mineral
Sekalipun anda makan diet sihat yang banyak berasaskan tumbuhan, buah dan sayur, peluang makanan datang daripada tanah yang mempunyai kandungan mineral kurang adalah besar (melainkan anda menggunakan semuanya yang organik).
Bila makanan ditanamkan berkali-kali di tanah yang sama, kandungan mineral tanah itu menjadi susut sepanjang masa. Ini ialah sebab lain mengapa ia begitu penting makan makanan organik sebanyak mungkin. Amalan-amalan perladangan organik termasuk "tanaman bergilir (crop rotating)" dilakukan supaya kesusutan tanah tidak berlaku. Malangnya , dengan membeli organik tidak bererti anda mendapat makanan hebat. Walaupun tanah organik boleh dihabiskan, membeli produk organik adalah lebih sihat yang lebih baik untuk anda dan bumi.
2. Tempoh Transit yang lama untuk penghantaran.
Tahukah anda jualan barangan di kedai runcit berdekatan anda datangnya dari negara lain?
Jika anda fikir mangga atau nanas kegemaran anda (dari Hawaii atau Filipina) hanya potong bahagian ranum, lalu segera dibungkus, bergegas ke lapangan terbang dan hanya mengambi masa semalaman untuk sampai ke kedai runcit kegemaran anda?, anda betul-betul tersilap. Kadang-kadang, masa yang diambil berminggu-minggu malah BERBULAN sebelum makanan tersebut sampai ke destinasi anda. Terlalu lama untuk mendapatkan jumlah nutrisi yang maksimum. Oleh itu saranan yang terbaik adalah membeli terus dari petani untuk mengurangkan tempoh transit yang sangat lama dan meningkatkan nilai khasiat makanan kita makan.
3. Memasak Makanan terlalu lama
satu tabiat buruk semasa memasak makanan kita dengan meletakkannya terlalu lama di atas api mengakibatkan satu kerugian besar pada pemakanan, maknanya vitamin-vitamin telah berkurang, mineral, antioksidan dan enzim telah keluar berlegar ke udara. Apalagi, makan makanan ini sepanjang masa boleh mewujudkan masalah kesihatannya kepada diri sendiri. Memasak boleh "membunuh"makanan, bererti khasiat pada makanan tersebut hilang.menggunakan buah-buahan dan sayur- sayuran, sebanyak mungkin dalam keadaan mentah (tidak dimasak) adalah jalan terbaik.
4. Tidak mengambil Hidangan Tetap.
ramai daripada kita yang selalu meninggalkan waktu makan. Hanya mengambil satu donat bersama sedikit kopi dan tergesa-gesa pergi bekerja adalah BUKAN termasuk dalam hidangan lengkap harian. Akhir sekali anda akan fikir "semua anda boleh makan" untuk menampung diet harian anda. bufet bukan suatu yang terbaik untuk tubuh kita, salah satu kerana apabila ia meletakkan tekanan yang banyak pada sistem penghadaman akhirnya boleh menyebabkan banyak gejala-gejala tidakselesaan pada perut.
5. Penuaan Normal = Isu-isu Penghadaman.
Selari dengan umur kita, tubuh kita akan kurang mengeluarkan enzim , termasuk semua yang penting diperlukan untuk menghadam dengan betul dan mencerna makanan yang kita makan. Akhirnya, masalah yang biasa yang berpunca dari perut akan timbul, seperti refluks, pedih hulu hati, perut bermasalah dan sembelit yang kronik.
6. Tekanan + Tekanan + Tekanan = Sistem Imun Berkompromi.
Tidak dinafikan , kita semua sentiasa dalam kesibukan dan sesetengah daripada kita lebih sibuk daripada orang lain! Antara komitmen kepada keluarga , sekolah, kerja, komuniti, kepercayaan dan kewajipan-kewajipan lain, tekanan hidup kita berada pada tahap paling tinggi! Kesemua tekanan ini umpama sungai tanpa jambatan dalam badan anda dan melemahkan sistem imun anda. Mengambil makanan tambahan boleh membantu untuk menghubungkan jurang itu dengan membentuk jambatan dan berikan tubuh anda beberapa pemakanan yang diperlukan untuk berfungsi secara optimum.
Sudah tentu , tiada yang dapat menggantikan makan makanan sihat dan baik. Tetapi kualiti keseluruhan boleh diambil dari makanan tambahan berasaskan sumber semula jadi. Makanan tambahan ini juga boleh membantu anda mengekalkan satu paras kesihatan yang lebih baik. Selain itu, jika anda masih bekerja dan mempunyai beberapa tabiat buruk (melangkau waktu makan dan tidak makan makanan organik), anda perlu lebih makanan tambahan!
No comments:
Post a Comment