Monday, 20 January 2014

Cerita Adam

Saya start bagi Mealshake pada Adam (anak sulong saya) pada awal disember 2013 pada usia 4 tahun. Anak saya seorang yang picky eater.

Sejak lahir anak saya membesar dengan susu formula dan daya ketahanan tubuh Adam agak membimbangkan saya kerana sejak berumur 3 bulan sehingga setahun, adam akan demam tiap2 bulan..
Selepas setahun baru lah adam jarang sangat demam sehingga sekarang. Adam demam bukan sebab kena inject, kena inject xpenah demam. Cuma org tua kata demam sebab beralih bulan.

Gambar Adam ketia berusia 17 hari. Berat masa lahir 3.4 kg tapi makin besar berat kurang naik


Saya ada juga bagi vitamin sebab desakan orang sekeliling suruh bagi vitamin biar dia ada selera nak makan. Saya penah beli minyak ikan dan dicampurkan dalam susu Adam tapi kadang2 minum kadang2 x, membazir plak rasa. Penah beli vitamin yang mcm gula, dia buat main plak, sebab Adam memang xmakan gula2..huhu...saya teruskan bagi yang minyak ikan sahaja, tapi tu la kekadang sebab rasa vitamin tu lebih dari rasa susu, Adam xakan minum susu tersebut dan akan minta susu lain, tak sedap katanya.

Sekarang saya dah stop susu sebab Adam dah masuk sekolah tahun ni, jadi saya kena cari alternatif lain untuk gantikan susu. Satu lagi adam xsuka minum susu dalam cawan, sebab xdiajar dari kecil (my mistake , sigh) dan bau susu tu yang membuatkan adam xnak..

Jadi sekarang saya dah jumpa iaitu Mealshake Shaklee, sangat mudah hanya bancuh dalam minuman kegemaran Adam iaitu milo, dalam milo tu saya campurkan skali susu...Alhamdulillah dia minum dan sangat suka :) Gembira nya hati seorang ibu...


Gambar Adam terkini. so skinny..

No comments:

Post a Comment