Wednesday 25 January 2017

Tawakal Je....

Kita takkan tahu kekuatan kita setakat mana selagi kita tidak diuji betul tak?
Ingat lagi lepas grad belajar kerja sekejap kat Giant Batu Caves. Dari tamat belajar, tapi masih belum konvo dah mula kerja kat situ. Kira-kira dari bulan 6 tahun 2007 sampai bulan 2 2008 masih tak dapat title pekerja tetap. Memang rasa sakit hati juga lah,. Kawan2 kerja sekali kat situ pun pelik biasa 3 bulan dah dapat jadi pekerja tetap. Nak berhenti kerja, tapi masih berkira-kira lagi sebab kerja kat situ agak rileks sikit dan supervisor pun baik.

Nak dijadikan cerita. mak kat kampung telefon untuk pergi temuduga jadi cikgu sandaran nun jauh kat penang sekali dengan kawan anaknya.Tapi takde rezeki kakkecik masa tu, anak kawan mak je yang dapat, kakkecik dapat kenal penang je. Sebab frust kakkecik pun berhenti kerja dan pulang ke kampung kat klate. Satu hari tu, mak terdengar berita kat radio klate ada temuduga cikgu sandaran di seluruh ppd kelantan. Mak hanya sempat dengar sekali je, tu pun teragak-agak betul ke tarikh yang dia dengar tu. Mak kata pergi je, kalau takde takpe. Kakkecik ikut je cakap mak masa tu, pergi je ke ppd daerah sebelah sebab kakkecik tak tahu ppd daerah kakkecik tinggal ni tak ada. Nampak sangat tak ambil tau pasal kg kan..

Pergi la dalam keadaan teragak-agak betul ke ada temuduga macam mak kakkecik bagitahu tu. Sampai2 alhamdulillah, memang ada. Nasib baik masa tu, tak ramai yang datang temuduga. Masa temuduga pun dengan tak buat persediaan langsung, tawakal je. Sebab subjek yang ditawarkan pada masa tu bahasa inggeris dan matematik, jadi temuduga pun dalam bahasa inggeris. Nasib kakkecik baik sebab tak ada pun soalan susah yang disoal. Dua je yang penemuduga tanya masa giliran kakkecik iaitu, kalau dapat jawatan ni dan dihantar ke kawasan pedalaman nak ke tak nak, dan satu lagi kenapa awak rasa awak boleh hidup di kawasan pedalaman. Bolehlah kakkecik goreng sikit2. hihi

Dah habis temuduga, satu hal lagi ialah perjalanan pulang balik. Masalah sebab kena jalan jauh nak ke bandar untuk naik bas balik ke rumah. Ada satu jalan pintas, tapi dipenuhi lalang yang tinggi. tinggi lagi dari kakkecik. Kakkecik pun ingat nak ikut je jalan pintas tu, sebab dah tengahari, panas. Sekali dalam perjalanan balik, ada kereta berhenti nak tumpangkan ke bandar. kakkecik bernasib baik hari tu. Kat dalam ada 2 orang perempuan yang sama2 temuduga dengan kakkecik kat ppd tadi. Rupa-rupanya pakcik tu ialah orang yang sedang buat pagar kat ppd tadi. Risau katanya tengok kitorang sorang2 lalu kat kawasan tu sebab tu kawasan penagih. Baik hati pakcik tu. Selesai masalah kakkecik.

Alhamdulillah , nak dipendekkan cerita, #kakkecik dapat jawatan tu. Tak sangka rasanya sebab pergi main redah je. Tak dapat yang kat penang tapi dapat yang dekat rumah. Rupanya Allah dah sediakan yang terbaik untuk kakkecik. Baiknya Allah kan.
Panjang plak cerita hari ni. hehe :)

 
#tsunamishaklee #liveamazing #landmarkstudy #shakleeeffect #pengedarshakleejerantut #t21great #t21greatt24 #oms24jan2017

No comments:

Post a Comment