Assalamualaikum w.b.t
Impian
menyusukan zuriat sehingga usia 2 tahun (exclusive breasfeeding) menjadi impian setiap ibu2 yang melahirkan/mempunyai anak.
Namun untuk merealisasikan impian ini, ibu2 di luar sana harus menjadi ibu yang berilmu dalam memberi yang terbaik kepada mereka yang kita sayang.
Di sini saya senaraikan makanan semulajadi yang terbaik sebagai
penggalak pengeluaran susu ibu (milk booster).
1. Lobak putih
- sesuai dimasak sup bersama daun kucai atau ikan bilis.
- boleh juga direndam/direbus sebelum diminum begitu sahaja.
2. Buah longan kering
- boleh direbus bersama kismis, kurma kering atau barli dan tambah sedikit gula merah untuk diminum.
3. Kurma
- makanan sunnah yang kaya dengan khasiat.
- kaya dengan protein, serat, glukosa, vitamin A dan C, sodium dan potassium.
- juga mengandungi zat besi yang bagus untuk membekalkan tenaga segera yang rendah kalori.
4. Pucuk betik/Betik muda
- boleh dimakan mentah dan dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi.
5. Halba/Fenugreek
- rendam dalam air suam sebelum diminum
- boleh juga diletakkan dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.
6. Habbatusauda/Jintan hitam/Blackseed
- satu lagi makanan sunnah.
- boleh didapati dalam bentuk kapsul di pasaran
7. Moringa/Murunggai/Pokok kelor
- terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dikalangan masyarakat Melayu
- boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh
- selain menambah susu ibu, ia juga boleh diambil untuk merawat sakit tekak atau selsema
8. Jantung pisang
- dicelur untuk dijadikan ulam atau dimasak gulai lemak
9. Daun cekur manis/Pucuk manis
- sedap dimasak gulai lemak
10. Kacang soya
- makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tauhu dan tempe
- boleh juga didapati dalam bentuk serbuk di pasaran
 |
Makanan semuladi untuk menambah penghasilan susu ibu |
Selain, mengamalkan makanan semulajadi di atas sebagai ikhtiar terdapat beberapa peringatan penting untuk ibu untuk menitikberatkan perkara2 di bawah:
- pengambilan air kosong secukupnya
- pemakanan seimbang
- psikologi/mindset
- kekerapan mengepam
- doa
Sekian entry saya kali ini..Harap ia sangat membantu ibu2 di luar sana